Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Thursday, 26 December 2013

Bersediakah suami menanggung dosa isteri?

Kita biasa dengar, seorang lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. manakala lelaki yang berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Cuma persoalannya, dari manakah datangnya konsep2 tanggung dosa orang lain ni?


Sebenarnya konsep tanggung dosa orang lain ini ada dalam ajaran agama Kristian, di mana mereka percaya bayi yang baru lahir telah pun menanggung dan mewarisi dosa asal atau Original Sin yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s., oleh sebab itu setiap bayi yang baru lahir perlu dibaptis untuk menyucikan mereka dari dosa itu.

Akan tetapi di dalam Islam, sebenarnya tiada istilah seorang muslim menanggung dosa orang lain.
Kita sering kali salah faham bahawa seorang suami akan menanggung dosa2 isterinya manakala seorang bapa akan menanggung dosa2 anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


Yang sebenarnya segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam.

Ini bermakna kalau isteri atau anak perempuan tidak menutup aurat, merekalah yang akan menanggung dosa itu sendiri. Jika seorang suami atau bapa tahu akan perkara itu akan tetapi membiarkannya sahaja, maka dia berdosa atas kesalahan tidak menegur dan membiarkan sahaja isteri dan anaknya melakukan perkara yang dilarang di sisi agama, tapi bukan dia menanggung dosa isteri dan anak2nya. Kalau suami atau bapa yang menanggung semua dosa isteri dan anaknya, isteri dan anaknya takkan ada dosalah dan bebaslah mereka membuat dosa kerana dosanya ditanggung orang lain.


Akan tetapi kalau seorang suami atau bapa sudah pun menjalankan tanggungjawab mereka dengan menegur, menasihati dan membimbing isteri dan anak2 agar tidak melakukan sebarang perkara yang dilarang seperti membuka aurat dengan tidak memakai tudung dan sebagainya tapi mereka masih degil dan tetap tidak mahu pakai tudung, maka terlepaslah suami/bapa tadi daripada dosa kecuaian sebaliknya isteri/anak tadi bukan sahaja berdosa kerana melanggar perintah Allah s.w.t, malah berdosa kerana engkar terhadap suruhan suami/bapa mereka.


Ini kerana andai kata seorang isteri yang berlaku curang terhadap suami, atau anak perempuan yang berzina dengan teman lelakinya di luar pengetahuan suami atau bapa, mana mungkin dosa2 mereka ditanggung juga oleh si suami dan bapa? Merekalah yang berdosa kerana telah mengkhianati, menderhaka, tidak patuh dan taat malah engkar terhadap kepercayaan suami atau bapanya yang telah mendidik dan menjalankan tugasnya dengan betul. Macam kes guru wanita yang rakam video lucah dengan warga Pakistan ni di luar pengetahuan suaminya yang sedang sakit, takkan dosanya atas perbuatan durjananya terpaksa ditanggung oleh suaminya?


Firman Allah yang bermaksud :
“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan)Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain(bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Nabi Nuh dan Nabi Luth a.s juga mempunyai isteri dan anak yang engkar dan derhaka, adakah para Nabi ini menanggung dosa2 mereka walhal para Nabi ini telah berusaha untuk menyeru mereka ke jalan kebenaran tetapi mereka tetap engkar? Firman Allah:
"Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)" (At-Tahriim : 10)

So bila kita nampak seorang perempuan yang tak pakai tudung atau buat maksiat, tak boleh kita terus hukum suami atau bapanya berdosa dan cakap kesian suami/bapa perempuan tu kena tanggung dosa mereka, kerana:
Pertama: Kita bukan Tuhan untuk tentukan dosa pahala orang;
Kedua: Kita bukan tahu sama ada suami atau bapa perempuan itu sudah puas menegur dan menasihati mereka tapi mereka tetap degil dan engkar.

Sumber rujukan:


Sebab tu bila ramai orang bantai dan tembak Ustaz kat bawah ni yang cakap yang DS Najib Razak tak berdosa bila isterinya DS Rosmah tak pakai tudung jika DS Najib dah mengajak dan menyuruh Rosmah pakai tudung tapi Rosmah tetap tidak mahu pakai tudung, buat aku berfikir, sebenarnya orang2 yang bantai Ustaz tu hanya semata2 kerana sentimen politik, bukan kerana kefahaman mereka dalam ilmu agama pun. Hanya kerana benci dengan Najib, semua benda pun jadi salah.

Monday, 16 December 2013

10 Solat yang tidak diterima Allah



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”



Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk

Wednesday, 11 December 2013

Hukum Makan Makanan Masak Tapi Berdarah






SOALAN

salam
Kekadang di setengah restoran masakan seperti ayam tak masak sepenuhnya, di bahagian tulang terdapat darah. Dari segi hukum bolehkan kita makan ayam tersebut (dengan tidak memakan bhgn yang berdarah) ?

JAWAPAN
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr abi_atiqah kemukakan dengan sekadar yang mampu, Insyaallah.

Darah kelihatan pada ayam atau daging yang telah dimasak adalah dibolehkan (dima'afkan). Apa yang haram ialah darah yang mengalir. Firman Allah swt :

"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - (Al-An'am 6:145)

Al-Tabari didalam Tafsirnya mengatakan :

"perkataan 'darah yang mengalir' bermakna darah yang mengalir dengan banyaknya. Ini cara Allah menjelaskan mengenai darah kepada hambanya bahawa ini adalah haram. 'Ikrimah berkata : Jika tidak kerana ayat ini, orang Islam mungkin akan menjadi eksterim mengelak darah yang berada didalam urat-saraf sebagaimana orang Yahudi mengelakkannya. Al-Maawardi berkata bahawa mengenai darah yang tidak mengalir, jika ia telah berada didalam urat-saraf, seperti hati dan limpa, maka ianya halal, kerana Nabi saw bersabda "Dua jenis daging dan dua jenis darah telah dihalal kepada kita....."

Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam buku Al-Halal wa Al-Haram fi Al-Islam berkata :

"yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya mengenai hukum limpa, beliau menjawab: “Kamu boleh memakannya.” Mereka berkata lagi: “Bukanlah ia darah?” Beliau menjawab lagi: “Hanyasanya yang diharamkan ke atas kamu ialah darah yang mengalir.'"

Beliau juga mengisahkan bahawa, pada zaman Jahiliyyah, mereka menjadikan darah sebagi sumber makanan. Kata Sheikh Al-Qaradhawi :

"Orang-orang jahiliyah apabila mereka lapar, mereka akan mengambil satu benda tajam dari tulang atau sebagainya, kemudian dicucukkan ke unta atau binatang lainnya. Mereka kemudian mengumpul darah yang mengalir dari binatang itu kemudian diminumnya. "

Maka jelaslah bahawa darah yang berada didalam ayam atau daging yang telah dimasak, makanan tersebut halal dimakan. Apa yang diharamkan ialah darah yang mengalir seperti mana yang telah dijelaskan diatas. Wallahu'alam

-wassalam-
=========