Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Wednesday, 11 June 2014

Ajak Shiro Dirompak, Jep Sepahtu Datang Menolong





Ajak Shiro telah dirompak oleh sekumpulan pencuri amatur apabila mereka mencuri barang-barang ketika Ajak Shiro sekeluarga berada di dalam rumah.

Ajak memberitahu tiga orang pencuri menaiki lori Isuzu cuba mengambil dan melarikan barangan katering yang disewa dan diletakkan di belakang rumah, Barang tersebut digunakan untuk majlis pertunangan adiknya.

Ini kata-kata Ajak Shiro:

    "Mujurlah ibu saya perasan ada orang di belakang rumah mengambil barangan katering tersebut dan dia terus menjerit melihat pencuri-pencuri berkenaan.

    "Selepas mendengar jeritan ibu, mereka berhenti mencuri dan terus lari. Saya pula terus mendapatkan kereta saya untuk mengejar mereka.

    "Bayangkan dari Kempas sampai ke Kulai saya kejar. Sudah macam adegan dalam filem pula. Habis jalan berlubang saya redah sampai rosak kereta dibuatnya. Walhal baru tiga bulan kereta itu saya beli,"

    "Saya tak sangka Jep pun sanggup turun padang mahu membantu saya. Apa-apapun saya anggap ia sebahagian pengalaman yang tidak akan dilupakan kami sekeluarga,"

Ajak baru sahaja membeli kereta jenis Honda Accord dan ianya rosak teruk selepas mengejar pencuri tersebut.

Kesemua pencuri itu meninggalkan lori mereka di tepi jalan dan menyelamatkan diri masing-masing. Barang-barang yang dicuri masih lagi berada dalam lori berkenaan.

Ajak juga telah membuat laporan polis Balai Polis Kulai dan di Skudai.

Dalam pada itu, pelawak Jep Sepahtu turut berada di tempat kejadian untuk membantu Ajak Shiro sekeluarga. /mStar/Kosmo/




Sumber

====================================================================
google translate : english

Aja Shiro had been robbed by a group of amateur thieves when they steal things when Shiro Invite family was in the house.
Invite told three Isuzu lorry thieves trying to take and run a catering items hired and placed in the backyard, these goods are used for the engagement ceremony of his brother.
These words Invite Shiro:

    
"Fortunately, my mother noticed a man in the backyard taking the catering stuff and he kept shouting to see the thieves respect.

    
"After hearing the mother scream, they stop stealing and ran. I continued to get my car to chase them.

    
"Imagine the Kempas get to chase my Kulai.'s Been like a scene in the film. Exhausted potholes I made the trek up to the damaged car. Actually just three months ago I bought the car,"

    
"I never thought I was willing to go down Jep want to help me. Such I consider it some sort of experience you will not forget our family"
Invite just bought a Honda Accord and it was badly damaged after chasing thief.
All the thieves had left their truck off the road and save themselves. The stolen goods still in the truck.
Invite also lodged a police report at the police station Kulai and Skudai.
In the meantime, comedian Jep Sepahtu were on the scene to assist the family Shiro Invite

Thursday, 1 May 2014

(Gambar) Identiti pelakon Malaysia mabuk di Sydney didedahkan peminat?


Sudah tentu peminat dunia hiburan tertanya-tanya siapakah gerangan artis yang dikatakan 
mabuk dalam gosip hangat yang dikeluarkan oleh ERA.FM. Dalam gosip itu, seorang pelakon 
wanita kacukan Inggeris berketurunan Melayu dikatakan berperangai kurang sopan apabila 
menjerit-jerit dalam keadaan mabuk.

Jika anda belum membacanya:

Satu gosip paling juicy kami terima dari jauh. Seorang pelakon wanita kacukan Inggeris dilaporkan 
mabuk di Sydney! Menurut sumber yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia di sana, pelakon wanita 
tersebut kelihatan seperti tidak betul dan menjerit-jerit di tengah jalanraya dan di dalam sebuah 
restoran di Chinatown, Sydney.

Apa yang lebih memalukan, aksi buruk pelakon wanita berketurunan Melayu itu turut disaksikan 
oleh Konsulat Malaysia, yang kebetulan berada di dalam restoran tersebut! Haih, apa nak jadi 
dengan kamu ni? Ingatkan dah insaf selepas kemalangan jalanraya pada tahun lalu akibat 
pengambilan alkohol berlebihan. Rupa-rupanya masih berperangai lama!

Menurut sumber lagi, pelakon tersebut berada di Sydney lebih kurang 12 hari bersama seorang 
lagi pelakon wanita yang juga seorang kacukan dan baru memenangi anugerah baru-baru ini 
dan krew-krew pengambaran sebuah siri drama bukan terbitan Astro. Rakan pelakon tersebut 
turut dilaporkan bengang dan kecewa dengan perangai rakannya itu yang dianggap tidak 
profesional. Pengambaran drama tersebut telah pun tamat pada minggu lalu dan mereka kini 
sudah pulang ke Malaysia.

Kepada pelakon wanita yang dimaksudkan ini, cukup-cukuplah berperangai sedemikian. 
Bila lagi nak berubah perangai baik dan kembali sopan? Bukan niat kami ingin mengaibkan 
pelakon wanita ini tetapi kelakuan kurang sopannya ini boleh mencalar nama baik negara 
kita serta produksi pengambaran yang terlibat! Sumber- ERA.FM 

Akhirnya, satu komen peminat dalam laman web hiburan terkenal Rotikaya mendedahkan nama 
pelakon tersebut. Siapakah gerangannya?
Tuduhan peminat. Sumber: Rotikaya


Julia Ziegler!



Apa yang menarik, melalui gambar-gambar di dalam Instagram Oyamakeupartis dan Instagram 
Julia Zielger sendiri menunjukkan lokasi yang selari dengan gosip yang bertiup kencang itu.

Namun, selagi tiada bukti yang sahih gosip itu masih dianggap liar dan boleh menjejaskan kerjaya 

pelakon itu. Sememangnya menjadi artis, banyak mata yang akan sentiasa memandang gerak geri 
mereka.

Apapun, kita tunggu penjelasan tuan empunya badan yang dituduh kerana maklumat dari sebelah 

pihak sukar dibuktikan kebenarannya.

Sumber Info: Era.FMRotikaya, & Brotherassam


Julia Ziegler berada di Sydney

Wednesday, 30 April 2014

Fara Fauzana Berselendang Sebagai Langkah Untuk Bertudung Sepenuhnya


Rupa-rupanya sudah hampir 2 bulan Fara Fauzana atau lebih popular dengan nama Fafau tampil dengan imej berselendang. Dalam diam, Fafau kini dalam proses secara berperingkat untuk bertudung sepenuhnya. Tidak ramai yang mengetahui mengenai imej baru ini kerana empunya badan mahu merahsiakannya. Mula-mula berselendang dulu, lama kelamaan Insya Allah akan menutup aurat sepenuhnya.
fafau selendang
Bagi Abang Nara, ini satu permulaan yang bagus buat Fafau. Daripada tak ada niat langsung nak berubah, at least berselendang pun dah kira okay dah. Kata Fafau kepada Harian Metro hari ini:-
Sudah hampir 2 bulan saya mengenakan imej sebegini. Saya melihatnya sebagai satu proses secara berperingkat selain langkah permulaan untuk ke arah bertudung sepenuhnya.
Saya sebenarnya kurang selesa apabila perkataan “berhijrah” digunakan kerana saya sendiri tidak pasti apakah perkataan sesuai untuk menggambarkan perubahan kecil ini. Ia belum sempurna lagi sebenarnya.
Justeru saya mohon agar umum tidak salah anggap dengan pendekatan yang saya lakukan ketika ini. Memang ada yang bertanya kenapa tidak pakai terus atau adakah ini sekadar gaya, tetapi memlih untuk membiasakan diri terlebih dan berharap suatu hari nanti saya akan bertudung sepenuhnya sampai bila-bila.
fafau selendang
Fara Fauzana sebenarnya tidak mahu kecoh-kecoh mengenai imej terbarunya ini. Namun biasalah kalau dah namanya selebriti popular, pasti orang akan dapat tahu jugak. Apa pun, tahniah kepada Fafau atas perubahan kecil ini. Semoga jangan ambil masa lama sangat untuk bertudung sepenuhnya. Abang Nara percaya anda akan tampil lebih menawan dengan bertudung. Entah-entah bertemu jodoh apabila berhijrah sepenuhnya kelak. Siapa tahu kan?

sumber

Wednesday, 12 February 2014

Perjalanan tragis si kacak Keith Foo



MENGGUNAKAN formula yang berbeza daripada pelakon lain, dia memilih untuk mengukuhkan namanya di luar negara sebelum mengambil keputusan kembali ke negara sendiri. Selama 10 tahun berusaha memahat namanya di dalam industri perfileman Indonesia, kisah kejayaannya di sana tidak berakhir begitu sahaja.
Mengambil inisiatif berbeza, dia memilih untuk kembali merasai keperitan yang pernah dilaluinya. Kali ini, tanah tumpah darah sendiri jadi pertaruhan dan dia kembali bukan dengan riak dan gaya pelakon tersohor yang popular, sebaliknya bermula daripada ‘kosong’ semula.

Dua tahun lalu nama Keith Foo,31, masih lagi asing dalam diari pilihan peminat drama tempatan. Bagaimanapun kemunculannya dalam drama bersiri Ariana Rose mula mempamerkan kelebihan jejaka kacak ini dalam kegemilangan watak sebagai anak bangsawan, Tengku Adam.
Cuba mengenali siapa sebenar Keith Foo tanpa pancaran gaya selebriti, dia memberitahu kehidupan kecilnya bermula dengan deruan kereta api.

“Saya dibesarkan di Gemas, Negeri Sembilan. Hidup dalam suasana kampung dengan latar belakang masyarakat berbilang bangsa, saya begitu selesa bertutur dalam Bahasa Melayu. Jujurnya keluarga saya bukanlah dari golongan yang berada. Ibu saya hanya membuka sebuah kedai makan dan ayah pula kontraktor biasa sahaja, kehidupan kami sederhana tetapi bahagia," katanya, memulakan cerita.
Teruja bercerita kaitan hidupnya dengan kereta api, pengangkutan popular itu sudah menjadi nadi buat kehidupan keluarganya sejak turun temurun.

“Semua tahu memang Gemas terkenal dengan Stesen Kereta Api Gemas. Sejak kecil lagi saya sudah biasa dengan stesen itu kerana membantu ibu yang membuka sebuah kedai makan di sana.
“Selain itu juga, pak cik saya sehingga kini masih mengusahakan perniagaan yang sama di stesen berkenaan. Kalau diikutkan hubungan keretapi dengan keluarga saya sangat rapat. Sewaktu zaman datuk saya dahulu, mereka menjadi tukang masak untuk penjajah British.

“Menggunakan kereta api, makanan yang dimasak datuk saya akan dihantar ke Singapura. Tidak dilupakan ayah saya juga merupakan kontraktor yang menyelenggarakan laluan kereta api. Itulah sedikit sebanyak kaitan kereta api dengan nostalgia masa lalu saya," katanya yang begitu fasih kala diajak berbicara tentang fakta sejarah, terutamanya tentang Gemas itu sendiri.

Tidak kisah sekiranya ada yang mahu menggelarkan dirinya sebagai budak kampung, menurut Keith sejak kecil lagi hubungan dengan penduduk di kawasan rumahnya memang baik. Malah sehingga ke hari ini juga, hubungan itu tidak pernah terhalang walaupun dengan status selebriti yang dibawa.

“Memang saya dibesarkan di kampung, malah ibu bapa saya sendiri selesa untuk terus berada di Gemas memandangkan semua saudara mara kami masih berada di sana. Selain itu, hubungan baik antara jiran membuatkan keluarga saya selesa untuk tinggal di kampung sahaja.

“Zaman kecil, saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, jadi dari situ hubungan saya dengan kawan-kawan sangat rapat. Jujurnya tiada apa yang membezakan kami, mengambil kesempatan itu saya selalu bertutur dalam pelbagai bahasa. Sehingga kini juga saya mampu menguasai beberapa dialek termasuk dialek Negeri Sembilan," katanya.

Keith merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik. Dia dan abang-abangnya memang terkenal dalam bidang sukan, malah sehingga ke hari ini juga sukan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupannya. Pada zaman persekolahan dia pernah mewakili Negeri Sembilan dalam permainan bola tampar dan antara atlit sekolah yang sangat aktif membawa nama sekolahnya ke gelanggang persaingan.

“Memandangkan kawasan Gemas itu agak kecil jadi memang kami adik-beradik agak terkenal kerana aktif bersukan. Saya pernah menjadi kapten pasukan bola tampar di sekolah. Malah pernah juga mewakili Negeri Sembilan untuk Sukan Malaysia (Sukma).

“Bukan setakat bola tampar, saya juga sangat aktif dalam sukan lain seperti lumba lari. Bagaimanapun selepas tamat sahaja sekolah aktiviti sukan saya mula terbantut dengan tugasan harian lain. Cumanya saya akan pastikan badan saya tetap berpeluh dengan bermain futsal setiap minggu dengan kawan-kawan," katanya.
Dari Hong Kong ke Indonesia

Diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya, Keith memberitahu dia pernah melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan. Bagaimanapun perasaan meluap-luap untuk bergelar model menyebabkan dia meninggalkan pengajian dan mengejar apa yang diimpikan sehingga bertapak di Hong Kong selama setahun.
“Bila saya dapat peluang ke Hong Kong, saya tidak pernah terfikir untuk bergelar pelakon kerana pada waktu itu saya hanya ditawarkan untuk bidang peragaan. Malangnya, fizikal saya yang lebih rendah daripada model lain menyebabkan saya hanya berakhir sebagai model iklan sahaja.

“Bagaimanapun dalam tempoh setahun itu banyak yang saya belajar, sebab itu saya ambil keputusan untuk ke Indonesia pula. Saya mencuba nasib di Indonesia bermula dalam bidang peragaan dan kemudian ke dunia lakonan," katanya.

Ternyata tempoh dua tahun berada di tanah seberang benar-benar menguji kekuatan Keith. Tanpa bergantung kepada sesiapa dia mula mencari laluan sendiri. Ternyata dengan kemunculan muka baharu setiap hari menyebabkan keadaan industri di sana agak sesak sehingga menyebabkan dia terpaksa berusaha dua kali ganda.

“Di sana kita tahu, bakat sangat ramai untuk memenuhi ruang media. Sebab itu masing-masing perlu ada inisiatif sendiri. Macam saya sendiri yang hadir pelakon luar, dengan kekurangan bahasa memerlukan usaha itu berkali ganda daripada mereka.

“Setiap hari selama dua tahun saya akan pergi sendiri ke setiap produksi bertanyakan peluang kerja. Kalau ikutkan memang perlu tebalkan muka, tetapi itulah cara kelangsungan hidup yang perlu saya dan semua bakat baharu lakukan," katanya.

Tidur di lantai
Sejujurnya, apa yang digapai hari ini adalah hasil daripada keperitan hidup yang dilalui masa lalu. Sepanjang berada di negara orang, bertubi-tubai masalah mendatang, ia tidak sedikit pun melemahkan dirinya. Keith sebaliknya berasa dia sangat bertuah untuk melalui perkara tersebut. Dalam tempoh yang perih pedih itu, banyak mendewasakan dirinya dalam pelbagai cara.

“Saya diuruskan seorang ejen, bagaimanapun dia tidak uruskan saya seorang kerana ada beberapa lagi bakat baru di bawah jagaannya. Memandangkan agensi dan rumah berada di lokasi yang sama, jadi kami hanya akan tidur di ruang tamu rumah ejen tersebut. Saya selalu tidur di lantai, kalau lambat sampai ke rumah.
“Selama dua tahun di rumah itu, rutin tidur saya hanya akan berakhir di lantai ataupun sofa. Kalau saya pulang awal, saya dapat tidur di sofa. Bagaimanapun selalunya saya lebih banyak tidur di atas lantai, beralaskan sehelai kain sahaja kerana saya selalu lewat pulang ke rumah kerana penggambaran akan habis lewat malam," katanya tanpa segan menceritakan pengalaman lalu.

Masanya juga banyak dihabiskan dengan membuat panggilan telefon ke setiap agensi peragaan. Hampir setiap hari, dia sendiri akan bertanya apakah agensi-agensi terbabit ada membuat sesi ujibakat untuk model iklan atas permintaan pelanggan iklan mereka.

“Setiap pagi, itulah tugas saya. Angkat telefon dan tanya kepada agensi “Hello, hari ini kamu ada buat casting? Nama saya Keith Foo, saya minat nak buat sesi casting. Hari-hari saya akan telefon bertanya. Kalau ada, saya akan naik 'bajaj' (teksi popular di Indonesia) dan terus pergi ke agensi terbabit. Kalau nasib baik diterima, jika tidak saya kena tunggu peluang seterusnya. Begitulah jalan sukar yang saya lalui suatu masa dahulu," katanya.
Tidak terkesan dengan pengalaman pilu yang dilalui, menurut Keith selepas 10 tahun dia sangat bersyukur diterima dengan baik peminat di sana. Malah sehingga saat ini juga dia sudah berlakon dalam lapan buah filem Indonesia.


Thursday, 26 December 2013

Johan As’ari dan Lana Nordin putus cinta





Johan As’ari dan Lana Nordin putus cinta -  Hanya beberapa minggu bercinta, Johan As’ari difahamkan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan cinta dengan aktres seksi, Lana Nordin sebaik tamat pementasan Bahayanya Wanita di Istana Budaya semalam.

Menurut Johan, keputusan itu dibuat demi menjaga kepentingan keluarga terutama ibunya yang dikatakan tidak menyukai Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, sejak pengakuan Lana dalam sidang media beberapa minggu lepas.
“Saya mohon maaf pada Lana, mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat.”

“Lana seorang wanita yang baik, tetapi apabila menyentuh soal nikah dan kahwin, ia berupa perkara besar dalam hidup. Lagipun untuk berumah tangga, restu dan doa ibu itu sangat penting, tetapi apabila perkara itu tidak berlaku saya terpaksa mengambil tindakan ini.”

“Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas, tetapi disebabkan pelbagai isu timbul, saya membuat keputusan ini."

“Saya masih muda dan ini kali pertama berhadapan pelbagai situasi dalam melayari hubungan cinta dengan Lana. Saya akui segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan saya yang masih tidak matang dan tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan masalah. Sebelum banyak masalah timbul menyebabkan saya membuat keputusan ini.”

Wednesday, 18 December 2013

Kehilangan Pelakon Azean sangat dirasai