Showing posts with label penting. Show all posts
Showing posts with label penting. Show all posts

Thursday, 26 December 2013

Bersediakah suami menanggung dosa isteri?

Kita biasa dengar, seorang lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. manakala lelaki yang berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Cuma persoalannya, dari manakah datangnya konsep2 tanggung dosa orang lain ni?


Sebenarnya konsep tanggung dosa orang lain ini ada dalam ajaran agama Kristian, di mana mereka percaya bayi yang baru lahir telah pun menanggung dan mewarisi dosa asal atau Original Sin yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s., oleh sebab itu setiap bayi yang baru lahir perlu dibaptis untuk menyucikan mereka dari dosa itu.

Akan tetapi di dalam Islam, sebenarnya tiada istilah seorang muslim menanggung dosa orang lain.
Kita sering kali salah faham bahawa seorang suami akan menanggung dosa2 isterinya manakala seorang bapa akan menanggung dosa2 anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


Yang sebenarnya segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam.

Ini bermakna kalau isteri atau anak perempuan tidak menutup aurat, merekalah yang akan menanggung dosa itu sendiri. Jika seorang suami atau bapa tahu akan perkara itu akan tetapi membiarkannya sahaja, maka dia berdosa atas kesalahan tidak menegur dan membiarkan sahaja isteri dan anaknya melakukan perkara yang dilarang di sisi agama, tapi bukan dia menanggung dosa isteri dan anak2nya. Kalau suami atau bapa yang menanggung semua dosa isteri dan anaknya, isteri dan anaknya takkan ada dosalah dan bebaslah mereka membuat dosa kerana dosanya ditanggung orang lain.


Akan tetapi kalau seorang suami atau bapa sudah pun menjalankan tanggungjawab mereka dengan menegur, menasihati dan membimbing isteri dan anak2 agar tidak melakukan sebarang perkara yang dilarang seperti membuka aurat dengan tidak memakai tudung dan sebagainya tapi mereka masih degil dan tetap tidak mahu pakai tudung, maka terlepaslah suami/bapa tadi daripada dosa kecuaian sebaliknya isteri/anak tadi bukan sahaja berdosa kerana melanggar perintah Allah s.w.t, malah berdosa kerana engkar terhadap suruhan suami/bapa mereka.


Ini kerana andai kata seorang isteri yang berlaku curang terhadap suami, atau anak perempuan yang berzina dengan teman lelakinya di luar pengetahuan suami atau bapa, mana mungkin dosa2 mereka ditanggung juga oleh si suami dan bapa? Merekalah yang berdosa kerana telah mengkhianati, menderhaka, tidak patuh dan taat malah engkar terhadap kepercayaan suami atau bapanya yang telah mendidik dan menjalankan tugasnya dengan betul. Macam kes guru wanita yang rakam video lucah dengan warga Pakistan ni di luar pengetahuan suaminya yang sedang sakit, takkan dosanya atas perbuatan durjananya terpaksa ditanggung oleh suaminya?


Firman Allah yang bermaksud :
“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan)Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain(bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Nabi Nuh dan Nabi Luth a.s juga mempunyai isteri dan anak yang engkar dan derhaka, adakah para Nabi ini menanggung dosa2 mereka walhal para Nabi ini telah berusaha untuk menyeru mereka ke jalan kebenaran tetapi mereka tetap engkar? Firman Allah:
"Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)" (At-Tahriim : 10)

So bila kita nampak seorang perempuan yang tak pakai tudung atau buat maksiat, tak boleh kita terus hukum suami atau bapanya berdosa dan cakap kesian suami/bapa perempuan tu kena tanggung dosa mereka, kerana:
Pertama: Kita bukan Tuhan untuk tentukan dosa pahala orang;
Kedua: Kita bukan tahu sama ada suami atau bapa perempuan itu sudah puas menegur dan menasihati mereka tapi mereka tetap degil dan engkar.

Sumber rujukan:


Sebab tu bila ramai orang bantai dan tembak Ustaz kat bawah ni yang cakap yang DS Najib Razak tak berdosa bila isterinya DS Rosmah tak pakai tudung jika DS Najib dah mengajak dan menyuruh Rosmah pakai tudung tapi Rosmah tetap tidak mahu pakai tudung, buat aku berfikir, sebenarnya orang2 yang bantai Ustaz tu hanya semata2 kerana sentimen politik, bukan kerana kefahaman mereka dalam ilmu agama pun. Hanya kerana benci dengan Najib, semua benda pun jadi salah.

Kenaikan Tol di 15 Lebuh raya di seluruh negara mulai 1 Januari 2014



Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar menyarankan agar pengguna jalan raya menggunakan jalan alternatif sekiranya tidak mahu membayar tol. Kenaikan ini pastinya memberikan impak kepada hampir keseluruhan rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana.
Info asal MalaysiaKini.

Tuesday, 10 December 2013

KERETA TENGGELAM SEMASA BANJIR, DUA PESANAN MEKANIK KEPADA ANDA




Banjir kali ini yang berlaku di Pahang dan Kemaman,Terengganu amat besar. Banyak kenderaan
yang tenggelam akibat musibah banjir tersebut, malah ada kenderaan yang tenggelam terus selama 
beberapa hari dalam banjir.

Ini pesanan dan nasihat dari pemilik bengkel kereta, Mohd Roslan Dol dari Kuantan Pahang yang 
hampir 20 tahun berpengalaman dalam membaiki kenderaan.
  • Jangan sekali-kali menghidupkan enjin kenderaan tersebut kerana kerosakan lebih teruk boleh berlaku.
  • Pastikan minyak gear tak bercampur air, malah lebih baik minyak gear dan minyak enjin diganti.
Pesanan admin, sabar dan jangan pandai-pandai melakukan sendiri kecuali anda sememangnya 
berkemahiran. Serahkan kepada yang pakar.

Juga kepada pembeli kereta "second-hand" selepas ini, banyak kereta yang ditenggalami banjir. 
Hati-hati memilih.

sumber

Bahaya Ke Melancong Ke Bangkok?



Sama ada betul atau tidak cerita ini. Belum ada kenyataan rasmi dari pihak kedutaan kita. Apa apa pun tak salah kalau kita bersikap berhati hati...anyway sharing is caring... 

Shared dr fren FB...hati2 ye...elakkan ke Thailand..Bangkok...menakutkan...bacalah kisah Benar daripada seorang pelancong Malaysia yg melancong ke Thailand?

Dear friends,
Kepada kita yang suka melancong ke luar negara satu peringatan. I would like to relate to you all an incidence quite recent, i.e. about two weeks ago. After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law.. 

Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb. Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. 

Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.

Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.

Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).

Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma.

Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.

Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut dibayar. 

Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok. 

Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)

Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi. 

Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok.

Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya. Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000.... . tapi adik ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000. 

Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing....... ..dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu. 

Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak disebut pun......... .....). 

Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok. My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau dibenarkan pulang. 

Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal. Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia (nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan) 

Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT. 

Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita.

tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? 

Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil. 

Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya. ..... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah..... memang ini kisah benar.

Please be careful, ok?
Kepada yang dah baca kisah ni anggaplah siaran ulangan.-sumber